Sejarah



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKURUS

                Native Volunteer School dibina di tengah tengah lokasi antara Kg. Tengkurus dan Kg. Nahaba yang terletak di tepi sungai Lumou. Pembinaam sekolah ini diusahakan  dan di asaskan oleh KK. Dalut bin Rangganam, Ketua Kampung  Kampung Tengkurus pada tahun 1963 dan di digunakan sepenuhnya pada tahun 1964. Sekolah ini terletak 18 km dari pekan Kota Belud.
                Guru besar yang pertama mentadbir sekolah ini ialah En, Sulaiman Hassan, bersama  dengan 5 orang guru-guru , pelajar dari lima buah kampong iaitu Kg Tengkurus, Kg Nahaba, Kg Gendukut, Kg Telungan dan Kg Lahanas, seramai 86 orang. Dan antara murid yang pertama ialah Encik Awadnir
                Native Volunteer School musnah dilanda banjir besar pada tahun 1969 . Penduduk Kg Nahaba menubuhkan SRK Nahaba dan SRK Tengkurus di bina di kg Tengkurus. SRK Tengkurus menumpang di balai raya kampong sehingga bangunan sekolah baru siap di bena.
                Banggunan sekolah yang di perbuat daripada kayu, bamboo dan rumbia siap di bena pada tahun 1970, hasil tenaga gotong-royong  penduduk kampong. Tapak SRK Tengkurus seluas 5 ekar telah di gazetkan atas persetujuan penduduk kampong.
                Sekolah Rendah Kebangsaan Tengkurus ditadbir oleh En. Kundang Untoi bersama dengan 4 orang guru dan kemudiannya di  teruskan  oleh en. Jimah Sirun.
                Pada tahun 1978  kerajaan telah membina sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 2 bilik darjah dan sebuah rumah guru. Pada tahun 1983 Sk Tengkurus di beri peruntukan sebuah lagi bangunan yang mengandungi 3 buah kelas dan pejabat pentadbiran.
                Asrama desa telah di bena pada tahun 1983  yang memberi kemuadahan kepada pelajar yang jauh , yang berasal dari kampong Lahanas , Kampung Gendukut dan Kampung Penampatan.
                Pada tahun 2012 Sk  Tengkurus  di berikan bangunan Pra Sekolah, yang ketika ini di sekolah  di tadbir oleh en. Yatan Binua.







Kronologi Guru Besar yang terlibat dalam perkembangan sekolah Kebangasaan Tengkurus.

1.        En Sulaiman Hassan      ( 1964-1970)
2.       En. Kandang Untoi          ( 1971-1972 )
3.       En, Jikah Siran                 ( 1972-1977)
4.       En. Budik Masilang         ( 1978-1986 )
5.       En. Muan Sipin                ( 1987 -1997)
6.       En. Hj. Abbas Hj Arrifin  ( 1998-2001 )
7.       En.  Rajum Daud             ( 2002-2005)
8.       En. Misi Goporoi             ( 2006-2009)
9.       En. Yatan BInua               ( 2010 -         )
                  

No comments:

Post a Comment