SK TENGKURUS KOTA BELUD
Dirasmikan Oleh :
YB. UKOH JEREMY MALAZAD
ADUN N7 KADAMAIAN
Tarikh : 17.04.2015
Masa: 8.00 Pagi
Tempat : Mini Dewan Kg Tengkurus
Tempat : Mini Dewan Kg Tengkurus
Acara dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ust. Asrul .
Penolong Kurikulum En. Bantason telah memulakan alu-aluan dengan menyentuh serba ringkas tentang program yang dijalankan. Beliau berterima kasih kepada tuan Guru Besar atas keprihatinan dan sokongan yang di berikan kepada beliau selama ini.
Beliau juga mengharapkan agar murid mendapat impak positif hasil daripada program ini. Dan mengharapkan penglibatan penuh daripada pihak ibu bapa.
Penolong kanan Kurikulum mengakhiri ucapan nya dengan sebuah pantun....
dan menjualnya kepada Yb...
Tanam gaharu di tepi paya,
Disiram dengan air perigi,
Mendidik anak tugas bersama,
Kalau bukan kita siapa lagi.
Acara diteruskan dengan ucapan tuan Guru Besar
Guru besar meneruskan ucapan alu aluan dengan menekankan kepentingan progran ini untuk menjana kejayaan murid dan meningkatkan band sekolah. Beliau meng akhiri ucapan dengan harapan agar semua pihak menyumbang kan usaha demi memangkin sasaran
Acar diteruskan dengan ucapan perasmian daripada perasmi jemputan YB. Ukoh Jeremy Malajad.
Dalam pengisisan ucapan perasmian, yb Ukoh telah menyentuh bagaimana proses kejayaan mampu dicapai dengan hanya ada kesatuan dalam menjalankan apa apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
" Tanam haliah tepi perigi,
Sudah tanam siram pula,
Anak-anah adalah anugerah berharga,
Mendidik mereka adalah pahala buat semua."
Pantun ini mengakhiri ucapan perasmian beliau dengan di sambut tepukan gemuruh.
Program dirasmikan dalam jam 9.40am
Acara sesi soal jawab mengakhiri program. Penjelasan penuh berkaitan dengan program di sampaikan oleh Penolong Kanan kurikulum
No comments:
Post a Comment