LAWATAN PIHAK KEMENTERIAN KE BANGUNAN ASRAMA DESA SK TENGKURUS KOTA BELUD

30.APRIL. SKTEN. Lawatan Pihak Kementerian Pelajaran , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud , Diharap dapat merealisasikan pembinaan Unit Bangunan Asrama Desa Sk Tengkurus yang Baru. Demi membantu  murid murid asrama berada dalam suasana selesa.

Pihak Pegawai Kementerian telah melawat bangunan Asrama tersebut dan melihat sendiri , sejauh mana keadaan yang daif di bangunan tersebut , harus dan perlu di berikan perhatian sewajarnya.

Lawatan tersebut  berakhir sekitar jam 12. 00 tengah hari. 



Klik untuk Gambar penuh

Penyampaian Sijil kepada perserta Bola Jaring

Kejayaan murid Sk Tengkurus yang di pilih  mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah  yang telah di jalan kan  pada 15-17 april 2015 bertempat di SMK Tambulian Kota Belud, Telah di anugerahi dengan sijil penghargaan dan penyertaan. Penyampaian Sijil ini di sempurnakan oleh Tuan Guru Besar Sekolah En. Yatan Binua

Berikut Merupakan penerima sijil

TEAM A

  1.  Erriya Edora Bantason
  2. Clarie Amyra Emburus
  3. Patra Lela Petrus
TEAM B
  1. Aminatul Nabilah Latuh
  2. Elmyra Trina Joseph
  3. Zaiinivivirah samuil

Team A telah menduduki tempat kedua manakala Team B mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan tersebut. Tahniah 









Program penyampaian sumbangan PAKEMA

Program penyampaian sumbangan PAKEMA  pada 20 april 2015 yang di sampaikan oleh tuan guru besar sekolah kepada murid murid terpilih
Antara Penerima  sumbangan tersebut  ialah :

  1.  Aminahlatul Latoh
  2. Sarah Timpun
  3. Sausi Kinsol
  4. Ahmad Azuan Merubin






PROGRAM PENINGKATAN PERISTASI UPSR 2015

PROGRAM PENINGKATAN  PERISTASI UPSR 2015 ( DALIMA )
SK TENGKURUS KOTA BELUD

Dirasmikan Oleh :

YB. UKOH JEREMY MALAZAD
ADUN N7 KADAMAIAN
Tarikh : 17.04.2015
Masa: 8.00 Pagi
Tempat :  Mini Dewan Kg Tengkurus



Acara dimulai dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ust. Asrul .

Penolong Kurikulum En. Bantason  telah memulakan alu-aluan dengan menyentuh serba ringkas tentang program yang dijalankan. Beliau berterima kasih kepada tuan Guru Besar atas keprihatinan dan sokongan yang di berikan kepada beliau selama ini.

Beliau juga mengharapkan agar murid mendapat impak positif hasil daripada program ini. Dan mengharapkan penglibatan penuh daripada pihak ibu bapa.

Penolong kanan Kurikulum mengakhiri ucapan nya dengan sebuah pantun....
dan menjualnya kepada Yb...

Tanam gaharu di tepi paya,
Disiram dengan air perigi,
Mendidik anak tugas bersama,
Kalau bukan kita siapa lagi.


Acara diteruskan dengan ucapan tuan Guru Besar 
Guru besar meneruskan ucapan alu aluan dengan menekankan kepentingan progran ini untuk menjana kejayaan murid dan meningkatkan band sekolah.  Beliau meng akhiri ucapan dengan harapan agar semua pihak menyumbang kan usaha demi memangkin sasaran 

Acar diteruskan dengan ucapan perasmian daripada perasmi jemputan YB. Ukoh Jeremy Malajad. 
Dalam pengisisan ucapan perasmian, yb Ukoh telah menyentuh  bagaimana proses kejayaan  mampu dicapai dengan hanya ada kesatuan dalam menjalankan apa apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.


" Tanam haliah tepi perigi,
Sudah tanam siram pula,
Anak-anah adalah anugerah berharga,
Mendidik mereka adalah pahala buat semua."
Pantun ini mengakhiri ucapan perasmian beliau dengan di sambut tepukan gemuruh.

Program dirasmikan dalam jam   9.40am 

Acara sesi soal jawab mengakhiri program.  Penjelasan penuh berkaitan dengan program di sampaikan oleh Penolong Kanan kurikulum




Aplikasi chatting



SILA MASUK LAMAN CHATROOL DAN BUAT NEW ACCOUNT
UNTUK MENGAKTIFKAN ACCOUNT CHATROOL , UNTUK TUJUAN
ONLINE CHATTING DALAM BLOG SEKOLAH

----------> http://chatroll.com/ < --------