Mesyuarat Agung PIBG SK Tengkurus tahun 2015

Mesyuarat ini telah di rasmikan oleh YBhg Ewon Benedik .Setiausaha  Politik
Kepada Timbalan  Ketua Menteri Pertanian  Dan  Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap  Ketua Bahagian UPKO Kota Belud.

Tarikh :  20 mac 2015
Masa. :    8.00 pagi
Tempat : Dewan Kg Tengkurus



Acara dimulai dengan  Nyanyian Lagu Negara Ku. Dan disusuli dengan ucapan
YDP pibg.

YDP telah memuji dan berterimakasih kepada ajk beliau selama beliau memegang jawatan YDP.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru guru yg telah bertungkus lumus mendidik murid murid sk tengkurus



Program diteruskan dengan ucapan tuan Guru Besar Sk Tengkurus En Yatan Binua

Guru Besar berterima Kasih kepada perasmi kerana sudi meluangkan masa dalam acara ini.

Guru Besar mengengharapkan agar hubungan antara guru guru ibu bapa pihak kerajaan dapat dieratkan.

Guru Besar memuji hubungan guru guru dengan ibu bapa sehingga mesyuarat ini dapat dijalankan dengan baik dan cemerlang.  Ini sejajar dengan seranan kementerian untuk memajukan persatuan ibu bapa dan guru di setiap sekolah di seluruh negara.


Guru besar turut menegaskan agar setiap individu dalam organisasi ini menekan kan keikhlasan dlam melaksanakan tugas.

Berdasarkan aspirasi pendidikan negara. Ibu bapa perlu memastikan anak anak mereka menguasai kemahiran yang telah di serapkan dalam pndidikan. Ibu bapa harus ada kerja sama dengan sekolah.

Bagi memastikan kecemerlangan sekolah tercapai. Gb akan mmemberikan galakan kpd guru guru utk meningkatkan tahap pendidikan. Seiring dengan itu guru besar turut memastikan kecemerlangan murid murid.

Guru besar mewajibkan agar muruid murid tahap dua tinģgal di asrama agar strategi pendidikan di sekolah dapat di capai.

Sehubungan dengan itu guru besar mengharapksn agar mesyuarat PIBG ini dapat berjalan dengan licin.

Guru Besar mengakhiri ucapan dengan memohon maaf sekiranya ada kesilapan  dalam tutur bicaranya.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmi

YBhg Ewon Benedik .Setiausaha  Politik
Kepada Timbalan  Ketua Menteri Pertanian  Dan  Industri Makanan Negeri Sabah Merangkap  Ketua Bahagian UPKO Kota Belud.

 Ucapan dimulai dengan ucap tahniah
kepada Guru Besar dan YDP kerana dapat mengajurkan mesyuarat seperti ini.

Beliau menyentuh tentang kesudian beliau untuk berbesar hati menerima jemputan ini dengan kapasit "rakan" , memandangkan kesusahan lampau mengajar beliau untuk lebih telorate.



"BERANI BERSAING" . Perlu di tekankan agar kebergantungan itu dapat diminimakan dalam dalaman setiap infividu. Dalam semua bidang. Dan harus dimulai dengan bidang pendidikan . Yang mana dengan pendidikan mampu memastikan  individu mampu menorobos jurang persaingan.

Kerjasama amat penting bagi memastikan semua program dapat direalisasikan. Tanpa kerja sama kecemerlangan dalam satu satu organisasi sukar diproleh.

Program perasmian di akhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli PIBG 2013-2014  dan cenderakenangan kepada perasmi. SESSI Diakhiri dengan sessi brgambar.



TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN PENGLIBATAN





Salam 1 Tengkurus



Salam 1 Tengkurus. Tahniah  kerana sekolah

kita maju setapak lagi, seiringan dengan
saranan kerajaan untuk bersama sama
merelalisasikan
" Penerapan IT dalam pendidikan "

Sesungguhnya langkah awal ini dibuat sebagai persediaan awal memasuki gelombang ke 2 (2016-2020) "mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem" dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Di Gelombang ke 2 PPPM ini nanti antara yang ditekankan ialah melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk menengani isu kapasiti.


Email d Gmail.com



                                                           Untuk memudahkan proses admin blog sekolah

              register new author/ admin blog, maka satu email menggunakan Gmail.com
   
             perlu lah di buat.  Untuk pengetahuan : blogspot.com dimiliki oleh syarikat Google.

             Begitu juga, Kementerian Pelajaran turut sama menggunakan Gmail dalam kebanyakan

             email rasmi. Contohnya email sekolah dalam program VLE menggunakan email@gmail.com

         

             Sila ingat user dan pwd email Gmail anda untuk di gunakan setiap kali memasuki blog

             sekolah untuk tujuan posting di blog tersebut.


             Selamat Membuat Emai di Gmail.  Sila KLIK  logo

 
https://accounts.google.com/SignUp?continue=https%3A%2F%2Faccounts.google.com%2FManageAccount              ini untuk pautan    Gmail.

       



Sekian Dari Admin

Program " Aku Janji" Murid Tahun 6 bersama Ibu Bapa



Program " Aku Janji" 
Murid Tahun 6 bersama Ibu Bapa

12 Mac 2015

_______________________________________________________________________________








Program terkini ( Mesyuarat PIBG )


                                                                 MESYUARAT PIBG                                        
                                                                      12  MARCH 2015